Pages

Friday, April 16, 2010

PKR Mula Berlagak Samseng

Posted by admin on 15/4/10 • Categorized as Berita Lain

HULU SELANGOR 15 April – PKR mula tunjuk taring berlagak samseng. Kini bukan sahaja Pejabat Daerah Hulu Selangor sahaja yang dirampas menjadi Bilik Gerakan PKR PRK Hulu Selangor tetapi semua dewan orangramai dirampas untuk dijadikan Bilik Gerakan mereka.

Ini adalah satu tindakan yang tidak adil dan samseng yang di lakukan oleh PKR/PR yang memerintah Negeri Selangor. Pejabat Daerah adalah Pusat Pentadbiran Kerajaan. Walaupun kerajaan negeri di perintah oleh PKR, tetapi di situ tempat urusan rakyat bukan urusan parti!

Pejabat Daerah tersebut akan dijadikan Pejabat SPR mengendalikan PRK Ulu Selangor.

Sekiranya MB tidak berpindah dari Pejabat Daerah, SPR hendaklah mencari tempat lain dan gantikan Pegawai Daerah kepada Pegawai tinggi PTD yang ada di Daerah tersebut.

SPR perlu bertindak tegas.

Saturday, April 10, 2010

CORET-CORET TAYANGAN AMAL LAYAR BISTARI FILEM ÁDNAN SEMPIT

SUNGAI PETANI 9April - Niat murni penganjuran tayangan amal Layar Bistari filem ''Adnan Sempit'' seharusnya diberi pujian. Ianya meyaksikan kalobrasi pertama antara Jabatan Penerangan, Persatuan Belia Nur Kasih dan PIBG SMKKKM. Pada hemat saya sambutan yang diberikan dari penduduk setempat amat menggalakkan. Slot "Life Is Precious"" amat mengesankan walaupun hanya selama 5 minit.

Memerangi gejala pembuangan bayi yang semakin merisaukan adalah agenda utama pihak penganjur. Setiap hari kita dimomokkan dengan cerita-cerita malang yang menimpa bayi-bayi yang tidak berdosa ini. Mujur masih ada pihak yang sukarela tampil untuk memberi kesedaran buat kita khususnya golongan remaja.

Apa yang dikesalkan, ada segelintir pihak yang tidak nampak maksud sebenar tayangan amal ini. Ketika segmen Perdana Menteri berucap mengenai gagasan 1 Malaysia sekumpulan pelajar bangun meninggalkan tempat duduk. Setelah disiasat, rupanya mereka ini telah diarahkan oleh guru mereka untuk balik. Tetapi, tidak lama kemudian kumpulan pelajar terbabit telah kembali semula.

Mengapa ini terjadi? Apa mesej yang sebenarnya ingin disampaikan oleh golongan pendidik ini? Bukankah mereka sepatutnya menerapkan norma-norma murni kepada pelajar-pelajar iaitu kesetiaan kepada agama dan negara. Bukan hanya mementingkan diri sendiri dan fahaman politik.

Tahniah kepada mereka yang menjayakan tayangan amal Layar Bistari ini. Diharap ianya akan berterusan dan disertai oleh badan-badan sukarela yang lain.

Friday, March 26, 2010

Nik Aziz sifatkan PKR parti 'mencelarukan'


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata keyakinannya terhadap kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terhakis sambil menyifatkan parti itu "mencelarukan".

Malahan, beliau dipetik oleh Bernama sebagai berkata, PAS lebih rela menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke-12nanti tanpa mengharapkan kerjasama daripada PKR.

Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mingguannya di pejabat PAS di Kota Bharu.

Umno: Kami mampu rampas kerusi Hulu Selangor


Abdul Rahim Sabri | Mar 26, 10 11:24am

BN berpeluang merampas kembali kerusi parlimen Hulu Selangor sekiranya Umno diberi peluang bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang.Dalam pilihan raya umum 2008, BN tewas di kerusi tersebut kepada calon PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia malam tadi akibat barah otak.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan memanggil pilihan raya kecil bagi kawasan tersebut dalam tempoh 60 hari.

SPR pula akan bermesyuarat Jumaat depan untuk memutuskan tarikhnya.
Walaupun ia merupakan kerusi majoriti Melayu, tetapi ianya diperuntukkan kepada MIC.


Calonnya, Datuk G Palanivel menang pada 1999 dan 2004, tetapi tewas kepada Zainal Abidin pada 2008.Zainal Abidin mendapat 23,177 undi untuk menang tipis dengan 198 undi. Palanivel pula mendapat 22,979 undi.Pada 2008 terdapat 63,593 pengundi di situ yang terdiri daripada 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum.


Ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata Umno telah membuat desakan tersebut sejak tahun 1980-an lagi, tetapi pucuk pimpinan memutuskan untuk memberi kerusi kepada MIC."Umno sentiasa meminta kembali kerusi berkenaan kerana ia adalah kehendak akar umbi yang mahu kita bertanding kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

ANWAR ENGGAN ULAS PENDEDAHAN

KUALA LUMPUR - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, kelmarin bahawa beliau pernah diarah mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Anwar, yang ditemui selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, tidak mahu menjawab soalan wartawan.


"Tak perlulah tanya saya, sebaliknya tanya Zulkifli sendiri siapa yang mengarahkan dia buat begitu. "Saya tidak tahu apa-apa tentang isu ini sebab dia tidak sebut nama siapa yang mengarahkannya. Kalau dia sebut pun, saya tidak mahu melayan cakapnya," katanya.


Ditanya wartawan sebuah portal berita sama ada Anwar menafikan pendedahan Zulkifli, Ketua Pembangkang itu berkata, soalan yang ditanya itu tidak wajar kerana Zulkifli tidak menyebut namanya.


Mengenai cadangan Zulkifli supaya kerajaan menggugurkan kes liwatnya di Mahkamah Tinggi, sebaliknya meneruskan prosiding qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, Anwar berkata, cadangan itu tidak membawa makna kepadanya. - Bernama Mongolia, Altantuya Shaariibuu.