Friday, March 26, 2010
Nik Aziz sifatkan PKR parti 'mencelarukan'
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata keyakinannya terhadap kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terhakis sambil menyifatkan parti itu "mencelarukan".
Malahan, beliau dipetik oleh Bernama sebagai berkata, PAS lebih rela menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke-12nanti tanpa mengharapkan kerjasama daripada PKR.
Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mingguannya di pejabat PAS di Kota Bharu.
Umno: Kami mampu rampas kerusi Hulu Selangor
Abdul Rahim Sabri | Mar 26, 10 11:24am
BN berpeluang merampas kembali kerusi parlimen Hulu Selangor sekiranya Umno diberi peluang bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang.Dalam pilihan raya umum 2008, BN tewas di kerusi tersebut kepada calon PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia malam tadi akibat barah otak.
Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan memanggil pilihan raya kecil bagi kawasan tersebut dalam tempoh 60 hari.
SPR pula akan bermesyuarat Jumaat depan untuk memutuskan tarikhnya.
Walaupun ia merupakan kerusi majoriti Melayu, tetapi ianya diperuntukkan kepada MIC.
Walaupun ia merupakan kerusi majoriti Melayu, tetapi ianya diperuntukkan kepada MIC.
Calonnya, Datuk G Palanivel menang pada 1999 dan 2004, tetapi tewas kepada Zainal Abidin pada 2008.Zainal Abidin mendapat 23,177 undi untuk menang tipis dengan 198 undi. Palanivel pula mendapat 22,979 undi.Pada 2008 terdapat 63,593 pengundi di situ yang terdiri daripada 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum.
Ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata Umno telah membuat desakan tersebut sejak tahun 1980-an lagi, tetapi pucuk pimpinan memutuskan untuk memberi kerusi kepada MIC."Umno sentiasa meminta kembali kerusi berkenaan kerana ia adalah kehendak akar umbi yang mahu kita bertanding kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
ANWAR ENGGAN ULAS PENDEDAHAN
KUALA LUMPUR - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, kelmarin bahawa beliau pernah diarah mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Anwar, yang ditemui selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, tidak mahu menjawab soalan wartawan.
"Tak perlulah tanya saya, sebaliknya tanya Zulkifli sendiri siapa yang mengarahkan dia buat begitu. "Saya tidak tahu apa-apa tentang isu ini sebab dia tidak sebut nama siapa yang mengarahkannya. Kalau dia sebut pun, saya tidak mahu melayan cakapnya," katanya.
Ditanya wartawan sebuah portal berita sama ada Anwar menafikan pendedahan Zulkifli, Ketua Pembangkang itu berkata, soalan yang ditanya itu tidak wajar kerana Zulkifli tidak menyebut namanya.
Mengenai cadangan Zulkifli supaya kerajaan menggugurkan kes liwatnya di Mahkamah Tinggi, sebaliknya meneruskan prosiding qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, Anwar berkata, cadangan itu tidak membawa makna kepadanya. - Bernama Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Subscribe to:
Comments (Atom)