Pages

Friday, March 26, 2010

ANWAR ENGGAN ULAS PENDEDAHAN

KUALA LUMPUR - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, kelmarin bahawa beliau pernah diarah mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Anwar, yang ditemui selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, tidak mahu menjawab soalan wartawan.


"Tak perlulah tanya saya, sebaliknya tanya Zulkifli sendiri siapa yang mengarahkan dia buat begitu. "Saya tidak tahu apa-apa tentang isu ini sebab dia tidak sebut nama siapa yang mengarahkannya. Kalau dia sebut pun, saya tidak mahu melayan cakapnya," katanya.


Ditanya wartawan sebuah portal berita sama ada Anwar menafikan pendedahan Zulkifli, Ketua Pembangkang itu berkata, soalan yang ditanya itu tidak wajar kerana Zulkifli tidak menyebut namanya.


Mengenai cadangan Zulkifli supaya kerajaan menggugurkan kes liwatnya di Mahkamah Tinggi, sebaliknya meneruskan prosiding qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, Anwar berkata, cadangan itu tidak membawa makna kepadanya. - Bernama Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


No comments:

Post a Comment